Search This Blog

Friday, May 20, 2011

.: nota hati :.

assalamualaikum. hye, there! :)

ouh! alhamdulillah hidup bertambah bahagia. bila adanya keluarga, sahabat kat sekeliling. yang sentiasa memahami diri yang complicated ni. thanks ALLAH! walau kau uji aku macam mana pun Kau hadirkan mereka untuk aku. mereka akan sentiasa ada untuk aku. dan aku mohon jangan pernah mereka tinggal kan aku. mereka adalah anugerah terhebat yang Kau kurniakan. :)

ALLAH mungkin mahu tunjukkan sesuatu. tapi, bukan sekarang. aku akan sabar menunggu. terlalu awal untuk aku mengetahuinya. belajar tujuan utama sekarang ni. hee! tu sebab excited nak masuk UiTM. 

semakin keliru. oh! sabar hati. ALLAH nak uji sekuat mana hati kau tu. setabah mana kau menunggu. biar kau rasa pahit sekarang. pasti kemanisan akan hadir bila waktunya akan tiba. :)

lagi dua hari aku 18 tahun. dan sangat sedih sebab tak dapat nak celeb dengan family. tahun ni tahun ke-6 without family. sabar je lah. hee! ouh! dah nak 18 tahun. woot woot woot. *nenek kawen dulu umur 18 tahun. yaww!

semalam g TS. tengok NUR KASIH. masyaALLAH. hebat sungguh cerita tu. tahniah! sebab cerita melayu yang macam ni sangat tak membosankan. :)

semalam memang nangis teruk sangat. thanks nazihah! bagi tisu. habis eyeliner dengan mascara aku rosak. nangis bagai nak rak. aku nangis semalam dengan penuh perasaan. aku letakkan diri aku kat tempat NUR. masyaALLAH! 

siapa tak nak berlakikan suami yang macam watak ADAM.
# kejutkan kau pukul 3 pagi untuk qiyammullail.
# solat jemaah
# utamakan ibu
# jaga hati dan perasaan kau
# sentiasa sebut alhamdulillah, insyaALLAH
# perjuangkan agama ALLAH
# sanggup korbankan nyawa untuk kau
# sentiasa berserah dekat ALLAH
# bawa kau g MEKAH
# protective yang teramat sangat

fuhh! memang banyak kan list tu. berdasarkan cerita nur kasih lah. yang paling aku suka scene ADAM KEJUTKAN NUR QIYAMMULLAIL. ouh! #bahagia. :)


L O V E. cinta. untuk sekarang cinta aku hanya kepada Sang Pencipta, Rasulullah, keluarga. indah bila kau letakkan diri kau sebagai hambaNya. memang pahit bila kau di uji. tapi, jangan lupa kemanisan selepas ujian itu. :)


entah kenapa, aku tak dapat nak lupakan panahan sassy girl ni. siapa yang suruh aku tgk drama korea ni. segalanya aku serahkan dekat ALLAH. jika orang tu takdir aku, aku mohon ya ALLAH. lindungi hati dan iman kami. terlalu banyak kebetulan belakangan ni. 


ALLAH dah aturkan semuanya. tugas aku sekarang ni kaji ilmu ALLAH. kalau nak laki baik, kita mesti jadi baik juga kan. aku harap sangat ada seorang yang akan buktikan tak semua lelaki sama. yang suka permainkan perasaan perempuan. ALLAH dah janji. bahawa, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. semoga kita berada dalam lingkungan itu. :)

 ahah! lepas ni nak struggle belajar. nutritionist wannabe. insyaALLAH. tak perlulah sibuk nak mencari cinta. ALLAH dah aturkan.hee. aku yakin! alhamdulillah aku dalam lingkungan kawan kwan yang memang tak terjebak dalam semua ni. eh! lagi indah kalau bercinta lepas kawen. first date lepas kawen. dapat pahala tu bila kau rindu org yang halal untuk kau. :)

p/s: aku bukan lah desperate sangat nak kahwin or what ever. cuma aku ni futuristic sikit. fikir nak jauh je. masa bukan lama sangat. pejam celik makan minum dah bertahun-tahun berlalu. korang percaya tak yang sekarang ni umur korang dah meningkat. bukan budak kecik dah. :)


trailer nur kasih. aku rasa movie ni memang macam semua orang kene tengok. menginsafkan. betul! hee.

by,
faezah.


No comments:

Post a Comment