Search This Blog

Sunday, May 8, 2011

.: alhamdulillah. ALLAH Maha Mengetahui :.

assalamualaikum. hye, there! :)

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

ALLAH berikan pelangi setelah DIA turunkan hujan lebat.
*serangkai kata yang sangat mendalam bagi aku. ALLAH berikan aku kebahagiaan selepas aku menangis semahu-mahunya. ALHAMDULILLAH untuk semuanya, ya ALLAH.

pejam celik dah bulan MAY. kurang dari 2 minggu aku akan ke UiTM Negeri Sembilan. bakal menjadi mahasiswi. bakal menuntut ilmu ALLAH. bakal memartabatkan agama, bangsa dan negara. bakal menjadi insan yang matang. bakal menjadi seorang yang kuat dan tabah.

memang jodoh aku dengan Negeri Sembilan kah?

Matrikulasi : Kuala Pilah, NEGERI SEMBILAN. [ sains hayat ]
UiTM : Kuala Pilah, NEGERI SEMBILAN. [ diploma in sains ]

ALLAH akan berikan ujian kepada seseorang yang mampu menghadapinya. dan pasti ada hikmah. cepat atau lambat kita mengetahui hikmah itu adalah kerja ALLAH. ALLAH Maha Mengetahui segalanya.

sejujurnya hati ini menginginkan untuk masuk ke matrikulasi. tapi, ALLAH gerakkan hati ini supaya tidak ke matrikulasi. teringat ayat ibu, ' ibu besarkan kakak. ibu kenak kakak macam mana. ibu kalau boleh tak galakkan masuk matrikulasi. setahun kau kena struggle. kau bukan budak rajin. selalu tak stabil. fikir betul betul nak masuk mana. ibu taknak kau menyesal nanti '.

alhamdulillah, hati ini terdetik yang aku patut masuk UiTM. ALLAH gerakkan hati ini sebab ayat ibu membuatkan aku berfikir. dan ayat salah seorang kawan ' biar lambat asalkan kau tak tension. 3 tahun tu kau boleh belajar macam macam '.

akhirnya, aku tekad masuk UiTM. alhamdulillah. dah sahkan dekat web UiTM. cuma yang tinggal sekarang uruskan dokumen, bayar yuran, cek kesihatan dan bagai lagi. semoga ALLAH permudahkan. :)

untuk sahabat yang lain. yang dapat tawaran sambung belajar tu gunakan peluang sebaik baiknya. *tepuk bahu sendiri.

yang tak dapat tawaran lagi, jangan sedih sangat. doa yang terbaik. sama-sama doa okay. i know that im not in your shoes. aku tak rasa apa kauorang rasa. tapi, semua ada hikmah. ALLAH dah aturkan. cuma cepat atau lambat je kita dapat tahu apa hikmah di sebalik semuanya.aku salute anda semua. sangat tabah! aku mungkin tak setabah kalian semua. anda HEBAT~

ya ALLAH, maafkan aku andainya lidah ini lambat untuk menuturkan kalimah ALHAMDULILLAH. ketuk hati ini ya ALLAH. sekiranya aku semakin lalai, alpa dan melupakan MU.

p/s: semoga kita semua di bawah lindungan ALLAH. dan iman semakin mantap. jangan lupa tegur menegur antara kita. hati ini insyaALLAH sentiasa menerima teguran anda semua. :)

2 comments:

  1. all the best NOR FAEZAH!!!
    aku sentiasa doakan kejayaan sahabat2 aku :)
    hmm..yup..ko takkan rasa apa yang aku dan lain2 yg seangkatan aku rasa~~
    tapi...
    aku tau ALLAH ade plan better utk SEMUA HAMBA DIA (^_^)

    DOAKAN KEJAYAAN SEMUA!!! (aku x chiwekk)~~cold-hearted :p

    ReplyDelete
  2. thanks fatinsyakira! aku pun sentiasa doakan yang terbaik. hee~

    berserah kat ALLAH. kita jangan pernah berhenti berdoa. :) ALLAH dah aturkan.

    ReplyDelete