Search This Blog

Wednesday, March 23, 2011

.: alhamdulillah. ya ALLAH! aku yakin ada hikmah :.

assalamualaikum! hye, there. :)

alhamdulillah keputusan telah diumumkan. alhamdulillah masih bernafas untuk terima keputusan itu.

dari malam semalam yang fikiran ini sangat tenang. walaupun hati terasa debaran. tapi, tak dinafikan yang memang sangat tenang. ya ALLAH! memang sangat tenang, sampaikan boleh bergelak ketawa dengan ibu. selalunya, tak sanggup pun nak gelak. *teringat zaman keputusan PMR.

tibalah saat yang sangat mendebarkan. 23 march 2011. ya ALLAH! pagi lagi dah muntah-muntah sebab cuak sangat.

ibu abah ambil cuti semata-mata nak temankan aku ambil keputusan. dalam perjalanan, aku memang diam je. ada jugak lah nyanyi lagu yuna. *dan sebenarnya. lalalala. tiba-tiba, abah bersuara.

' kalau ada subjek yang fail, kawen je. tak yah belajar dah.'

aku pon jawablah dengan semangat.

' betul ke? akak ok je kalau kawen ni. abah dah ada calon untuk kakak ke?'

suasana membisu. kreek kreek kreek.

oh. sekolah ku. ok! dah sampai sekolah. lalalalalala.

dipendekkan cerita. dah ada dalam dewan. dengar lah statistik yang dibacakan oleh ABI. alhamdulillah semua subjek meningkat kecuali ekonomi asas dan physics. yeah! aku sangat lah berdebar. ya ALLAH! aku dapat berapa ni. dan seterusnya, nama 9A pon diumumkan. ok~ nama aku tak ada. dan seterusnya lagi, nama 10A diumumkan. conform lah nama aku tak ada. memang tak layak. dan yang terakhir, nama 11A. lagilah bukan nama aku.

so, aku pon berlarilah ke kaunter kelas. ok. sangat berdebar. ya ALLAH! dah agak dah. ALHAMDULILLAH. 5A~

walaupun apa yang aku harapkan tak termakbul tapi bersyukur sangat. alhamdulillah.

ALLAH masih berikan aku cahaya matahari,
walaupun aku tak dapat merasakan kehangatan cahaya itu,
kehangatan itu mungkin akan membuatkan aku semakin terlupa,
akan kedinginan yang dialami orang lain,
aku tak diberi peluang untuk melihat matahari,
kerana ALLAH simpankan matahari itu untuk menyinari aku kala aku layak mendapatkannya.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

walaupun hati ini sejujurnya agak kecewa. tapi, ada HIKMAH. aku yakin.

credits to abang mustakim sebab ayat ni sangat membuatkan saya semangat.

apa2pun keputusan, baik atau kurang baik..syukur dan redha. ada banyak pilihan untuk b'jaya dlm hidup. bezanya cepat atau lambat. Cepat, kalau SPM bagus. Tp x b'makna kita x perform SPM kit di hujung dunia. Kalau cita2 nk jd doktor tp t'paksa "lupakan" sbb keputusan SPM..itu juga bukan penamat sbb lebih banyak kejayaan menanti. Mana tau jadi doktor PhD. alamak, mcm ruangan motivasi..tp tulah yg mahu dikongsi :)

mungkin ini adalah ujian yang ALLAH nak bagi. UPSR dah 5A. PMR dah 8A. so, SPM ni bagilah yang kurang A. apakah yang akan aku lakukan. so, dah mula nampak apa hikmah yang akan berlaku.

thanx to kak pojie! sanggup called dari india. ya ALLAH! lepas akak kol je, sy dah nampak yang saya boleh dapat kejayaan yang lagi besar dari SPM ni. thanx for everything kak pojie.

conclusion~ alhamdulillah! :)

p/s: dugaan ini sangat hebat bila orang ramai yang tanya 'cmane result? mesti gempakkan. ye lah, budak pandai. selalu dpt banyak A.' dan kali ni aku memang tak banyak A.

4 comments:

  1. alhamdulillah~~
    suke bile ade yg bg smangat bile dh jatuh sket kyakinan tuhh~~

    great!! thank you Allah~!
    ehh,peja..
    ade pape yg peja ajar syeno..trime kaseh yee!!
    nnty dah bjaye jgan lpe syeno!!

    ReplyDelete
  2. salam'alaikum^_^
    trharu n seronok sgt tgk sahabat yg sgt yakin dgn Dia :')
    alhmdulillah.stiap yg Dia bg x akn memusnahkn hidup kita.so, usahalh utk cari kejayaan yg dia nk bg,insyaAllah^_^

    rasa rindu sgt kat peja n yg lain.
    x cukup masa la nk lepak2 semlm.
    lps ni msti susah dh nk jumpa semua.
    hm,,sudi2lah buat rombongan ke dq ek?
    naik ktm je senang.hee2 ;)

    jaga diri,iman n islam dlm kehidupn.
    semoga broleh kjayaan yg abadi di sana,insyaAllah^_^
    miss u so much!!!

    ReplyDelete
  3. syeno.
    thanx jugak! syeno slalau ajar kita gak. :)

    nailah.
    alhamdulillah. masih ingat DIA. aku yakin yg semua ni adalah ujian. bila lagi ALLAH nak bagi kan. ALLAH tak kan bagi macam ni kalau kita tak mampu nak atasi. thanx jugak sebab nailah selalu bg kita semangat. :)

    ReplyDelete
  4. yeahh peja!!
    smangat aq mnjadi smkin kuat ble bce post nih!!!
    hehehehe

    ReplyDelete