Search This Blog

Saturday, February 5, 2011

.: semakin jauh dengan TUHAN. ya ALLAH! :.

salam. hye. annyeong.

ya ALLAH! hampir 2 bulan dah tak bersekolah. macam-macam dugaan. malam semalam, mungkin ALLAH nak bagi kesedaran.

aku mimpi! ya ALLAH. takut sangat mimpi tu. dalam mimpi tu aku terselamat dari bencana alam tu. tapi, semua orang yang aku sayang tinggal kan aku. NAUZUBILLAH~

hampir 2 bulan tak sekolah. baca al-quran pun jarang-jarang. nak solat jemaah lagi lah jarang-jarang. ma'thurat dah memang lama tak amalkan. pergaulan dengan lelaki makin hebat. ya ALLAH! aku selalu lupa. lalai.

semalam baca comment seorang sahabat dekat FB.

sahabat 1: iman down laaa .. tlong laaaa .. hentam la skit aty aq ni ,,, ksian kat aq
sahabat 2:cett. kau nak aku hentam camne sayang. hati tu kau pnya, dalam badan yang kau
pnya jugak. maka selayaknya, kaulah yang menghentam menjetiknya, kasi hidup
sikit ;)

ya ALLAH! iman aku pun tak kuat. dulu kat smakl ramai yang boleh nasihat. sekarang nak dengar ceramah pon memang tak lah kan. semakin jauh! patutlah jiwa dan hati ni selalu tak tenang. tak dapat rahmat.

ya ALLAH! aku rindu. aku rindu nak dilimpahi kurnia-MU. rahmat-MU yang sentiasa mendamaikan.

iman manusia memang sentiasa berubah. bila lihat kebesaran ALLAH, insyaALLAH iman akan bercahaya semula. selalu lihat langit yang terbentang luas. indah.

ya ALLAH! jauhkan aku dari maksiat. hasutan syaitan. hati ini kadang-kadang inginkan seseorang yang bergelar lelaki untuk mendampingi di kala sunyi. dek sebabkan selalu di beri sajian tatapan pasangan remaja merpati dua sejoli. alhamdulillah iman masih menyelaputi hati dan akal. ALHAMDULILLAH! aku yakin dengan berkat dan kesabaran, kau akan temukan aku dengan seseorang yang akan bawa aku ke syurga-MU. aku ini merupakan sebahagian tulang rusuknya.

p/s: sahabat. tegurlah aku di saat belum terlewat. aku rindukan teguran yang membina. sejujurnya, aku rindu insan yang bernama NUR NAILAH MD YUSUF. :))

2 comments:

  1. salamun'alaik, peja.
    Alhamdulillah, Allah buka hati kita utk online n lawat blog peja.
    Seriously, skrg tgh rasa bersalah sgt bila baca entry peja yg ni.
    i just wanna u to know that i never meant to abandon u or any of our friends and i've never planned to do that at all.
    Peja, brsyukurlah yg Allah masih sygkn peja sbb tu peja masih bleh trsedar akn kelalaian peja.
    Allah ingatkn peja sbb Allah syg Peja and x nk peja lari jauh dr Dia.
    peja, selagi ada kesedaran dn teguran yg mengetuk hati peja, jgn biarkn..buka pintu hati peja n biarkn ia masuk.
    Peja, lihatlah segala yg ada di depan mata dgn kaca mata tarbiah. Setiap yg ada di muka bumi ini jika dilihat dgn pandangan hati pasti akhirnya sampai pd Dia juga.
    Stiap pergerakan peja di rumah, di luar atau di tmpt kerja hakikatnya Dia yg lakukn utk peja.
    Klau peja yakin n syg pd Dia, mesti peja x nk Dia lakukan kejahatan utk peja,kn?
    Inilah dugaan, cabaran dan mehnah yg kita semua takut nk hadapi lps kluar skolah.
    Tp mmg inilah hakikatnya bahawa kadang2 kita trpaksa berdiri sndr dn letakkn seluruh kebergantungan pdNya tanpa ada sokongan lain dr makhluk.
    Peja, maaf sgt2 sbb dh lama x brbual n sejujurnya, nailah sgt merindui peja n sahabat2 yg lain sampai rasa nk nangis.
    Kadang2 kat dq pun rasa x cukup tarbiah, ilmu n kekuatan.
    Dulu, ada usrah, halaqah..ada korg semua yg tetiba duk lepak2 sembang2 yg terselit dgn bnyk tarbiah, ilmu dn prkongsian kekuatan.
    Sorry for this long comment but actually, bnyk lg nailah nk ckp dgn peja dn sahabat2 lain.
    Peja, jaga diri ye? Jaga iman dn islam juga ^_^
    InsyaAllah, usaha utk hidup dgn hati,jiwa dn minda hanya ada Dia!

    p/s: kirim salam rindu dn sayang pd sahabat2 di fb tu ye ^_^

    ReplyDelete
  2. syukran nailah.
    actually, kita tak lah rasa abandon tu.
    macam kat blog nailah, rindu nak duduk dengan sahabat2 yang suntik semangat. bagi tarbiyah.
    insyaALLAH peja boleh!
    cuma kadang-kadang tu agak terover lah dengan dunia.
    alhamdulillah ALLAH bagi kesedaran tu.
    bersyukur sangat sebab ada sahabat mcm korg semua.
    :)

    ReplyDelete