Search This Blog

Friday, February 4, 2011

.: sedih bila lihat keadaan mesir yang bergolak :.

salam. hye. annyeong.

sampai je kat KLSENTRAL. ramai gila depan tv. aku pon pelik. macam biasalah minah gossip macam aku ni pon berlarilah depan tv. sangat mengejutkan. ya ALLAH! dahsyat sungguh. pada mulanya, ingat kot zionist. tapi, rakyat mesir.

that time blur sangat. kenapa ni?

hosni mubarak. pro dan anti bertempur. sesama islam. ya ALLAH! 39 tahun memerintah. patutlah ramai yang bengang. mesir! tiba-tiba kecut perut yang teramat sangat. terbayang wajah-wajah yang aku kenal. terutamanya, senior SMKAKL. kak anati! ramai lagi lah.

ibu : kalau lah anak ibu yang ada kat mesir tu. tak tau lah macam mana nak gambarkan perasaan ni. nak call pon tak dapat.

bergenang lah mata ibu. sedangkan ibu tak ada pon anak yang belajat kat mesir. hati seorang ibu. ya ALLAH! tabahkan hati ibu-ibu yang menanti kepulangan anak-anak mereka. insyaALLAH selamat.

akhbar utusan hari ini, beberapa orang pelajar selamat sampai ke tanah air. mereka menceritakan pengalaman di saat-saat yang mencemaskan. tidur bertemankan pisau. berpelukan sesama sahabat. telinga dihujani dentuman yang kuat. mata sentiasa mengalir air yang jernih. hati sentiasa menyebut ALLAH. ALLAHUAKBAR!

semoga semua pelajar malaysia yang berada di mesir selamat tiba ke tanah air. lebih kurang 14000 orang. mungkin ada yang akan menetap di jedah selama 2 minggu atau sebulan. apa-apa pun semoga mereka selamat. yang paling penting, mereka keluar dari tanah yang bergolak itu.

ada yang suruh saya mengulas isu hosni mubarak. maaf sebab saya tak sempat nak buat kajian sebagaimana saya buat kajian tentang 11 september. mungkin masa yang akan datang.

p/s: hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

2 comments:

  1. ade kawan...
    kakak dorm...
    KEZENN2....
    waawaa...
    doakan kselamatn mreka..ameen..

    p/s:sbb tu la kezen aku ckp..bia emi je la yg gi sni..adek2 ke spupu2 ke xyah r gi mesir niyh..huhuu

    ReplyDelete
  2. tu lah. tunang kezen aku pon kat sana. kakak dorm. mak aku mmg x bg lah aku blaja luar negara.

    insyaALLAH selamat.

    ReplyDelete